ARTIKEL

Pembangkang sengaja timbul isu kelirukan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Annuar ketika ditemui media selepas hadir program sesi dialog bersama PIBG SK Serumbu.

BAU: Parti pembangkang sengaja menimbulkan isu untuk mengelirukan rakyat bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyokong Barisan Nasional (BN) untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang stabil selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, kenyataan yang dibuat oleh penyokong Pakatan Harapan (PH) mendakwa terdapat kerjasama antara GPS dengan BN adalah tidak benar sama sekali.

Malah tambahnya, kenyataan itu juga satu bentuk muslihat politik daripada pihak pembangkang.

“Adakah benar atau tidak benar, mereka juga ada (perjanjian) Zahid dengan Anwar (Pengerusi PH).

“Saya juga boleh berkata begitu dengan mereka. Buktikan kepada saya bahawa tiada perjanjian rahsia antara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri program dialog PIBG SK Serumbu, di sini hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu berkata, dakwaan yang sama mengatakan satu undi kepada GPS adalah satu undi kepada UMNO untuk membebaskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengarut sama sekali.

Katanya, GPS sama sekali tiada kaitan dengan keputusan mahkamah berhubung hukuman dikenakan terhadap Najib kerana terdapat lunas undang-undang dan pengasingan kuasa.

Terdahulu, satu kenyataan yang dikeluarkan oleh penyokong PH Sarawak yang mengesa rakyat Sarawak perlu bertindak dengan bijak iaitu memilih calon-calon PH pada PRU-15.

Kata kenyataan itu, sokongan pada GPS akan membolehkan UMNO dan BN berkuasa semula.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU