KUCHING: Daerah Debak, Betong bakal menjadi tumpuan peminat sukan basikal dengan berlangsungnya Perlumbaan Berbasikal MTB Jamboree Antarabangsa Saribas 2025.
Acara berprestij anjuran Persatuan Berbasikal Bahagian Betong (BCDA) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Saribas serta Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak yang dijadual berlangsung pada 11 hingga 12 Oktober depan menyaksikan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM21,700 menjadi rebutan pelumba.
Pengerusi Perlumbaan, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, lapan kategori dipertandingkan pada perlumbaan dengan jarak 30 kilometer itu.
Kategori terbabit ialah lelaki terbuka (18 tahun ke atas), wanita terbuka (13 tahun ke atas), master A (40-49 tahun ke atas), master B (50-59 tahun ke atas), super master (60 tahun ke atas), super XL (BMI 33 tahun ke atas), tertutup Betong (18 tahun ke atas) dan remaja (13-17 tahun).
Menurut Saiful, untuk mendapatkan sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai perlumbaan terlibat iaitu Mohd. Zool Ihsan di talian 013-5612983 dan Zulkarnain di talian 016-8001690.
“Bagi mereka yang ingin mendapatkan sebarang maklumat boleh berhubung dengan kedua-dua pegawai terbabit,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.
Saiful menyatakan, yuran pendaftaran bermula dari RM50, RM80 dan RM100 ditetapkan mengikut kategori yang dipertandingkan.
Dalam pada itu, beliau menyatakan pihaknya akan berkongsi atau membuka pautan untuk pendaftaran secara atas talian dalam masa terdekat.



