KUCHING: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat akan terus menuntut hak dalam bidang pendidikan bagi Sarawak.
Menterinya, Datuk Roland Sagah Wee Inn memberitahu bahawa usaha ini akan dilakukan menerusi Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“Kami hanya mahu mendapatkan hak yang diperlukan, tidak lebih atau kurang daripada yang telah ditetapkan dalam perenggan 17 Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.
“Untuk itu, kementerian saya sentiasa berusaha dalam Jawatankuasa MA63 untuk mendekati perkara itu secara berterusan,” jelasnya.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.




