ARTIKEL

RASMI....Hanifah menyempurnakan simbolik perasmian Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Piala Setiaraja Mukah 2026, hari ini.

Petanque pupuk kerjasama berpasukan, eratkan silaturahim – Hanifah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sebanyak 96 pasukan menyertai Kejohanan Petanque Beregu Terbuka Piala Setiaraja Mukah 2026 di Arena Petanque Kala Dana Mukah, hari ini.

Kejohanan yang menghimpunkan 192 pemain itu disertai peserta dari pelbagai daerah termasuk Balingian, Sarikei, Bintulu, Matu, Daro dan Sibu.

Pengerusi Kelab Boules La Sakura Mukah, Adzar Azam Mohammed (kanan), menyampaikan cenderamata kepada Hanifah dalam majlis tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, menyempurnakan majlis perasmian kejohanan berkenaan dan menyambut baik penganjurannya.

Menurutnya, ia bukan sahaja menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan, malah turut memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

“Penyertaan pasukan daripada pelbagai daerah turut membuka peluang kepada pemain untuk berinteraksi, bertukar pengalaman serta mengeratkan hubungan silaturahim melalui sukan.

“Selain manfaat dari sudut kesukanan, penganjuran kejohanan juga berpotensi merancakkan kegiatan ekonomi setempat menerusi kehadiran peserta dari luar Mukah.

“Perbelanjaan peserta bagi keperluan penginapan, makanan dan keperluan lain sepanjang kejohanan berlangsung dijangka memberi limpahan ekonomi kepada peniaga serta pengusaha tempatan,” katanya.

Pada masa yang sama, penganjuran tersebut juga dapat memperkenalkan Mukah kepada pengunjung luar, sekali gus meningkatkan daya tarikan bahagian berkenaan sebagai lokasi penganjuran aktiviti sukan.

Kejohanan tersebut dianjurkan Pusat Khidmat Parlimen Mukah dan dikelolakan oleh Kelab Boules La Sakura Mukah.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menjadi platform kepada peminat sukan petanque untuk mengasah kemahiran serta menguji kemampuan masing-masing dalam suasana persaingan yang sihat.

RAKAM KENANGAN….Hanifah merakam kenangan bersama yang lain selepas majlis tersebut.

BERITA LAIN

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk