ARTIKEL

Hamas bantah Israel enggan serah kutipan cukai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GAZA: Hamas pada Rabu menggesa pentadbiran Palestin agar bekerjasama dengannya dan kumpulan lain di negara itu bagi membantah keputusan Israel yang enggan menyerahkan kutipan cukai penduduk Palestin berjumlah berjuta-juta dolar, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan Hamas.

Dalam kenyataan itu, jurucakap Hamas Hazem Qassem berkata keputusan tersebut sekali lagi membuktikan “sikap lanun Israel.”

Kabinet keselamatan Israel pada Ahad mengundi untuk memotong sebanyak US$43 juta daripada jumlah dana cukai yang dipindahkan pentadbiran Israel setiap bulan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Palestin berkata dana itu diperlukan untuk membantu keluarga yang terjejas akibat keganasan dan pendudukan Israel.

Kabinet turut meluluskan langkah menahan sejumlah US$144 juta dana cukai yang dikutip daripada penduduk Palestin pada bulan Februari tahun lepas.

Qassem juga menggesa agar kumpulan-kumpulan di Palestin bekerjasama dalam membantah pelaksanaan dasar dan keputusan pentadbiran Israel serta Menteri Pertahanannya, Naftali Bennett, terhadap Palestin dan tahanan Palestin.

Sekatan Israel selama 13 tahun ke atas Semenanjung Gaza telah menjejaskan ekonomi enklaf pesisir itu dan menafikan kebebasan bergerak dua juta penduduknya untuk masuk dan keluar dari Gaza, selain menghalang kemasukan banyak kemudahan asas. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha