ARTIKEL

Hamid (tiga kanan) dan Zaidi (dua kanan) merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat pada Program Dialog Awam Roots to Tomorrow: A Legacy Celebration Event bersempena ulang tahun ke-45 LCDA di Dewan Jubli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan, hari ini.

Hamid kongsi pengalaman kepimpinan bersama pelajar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Program Dialog Awam Roots to Tomorrow: A Legacy Celebration Event bersempena ulang tahun ke-45 Lembaga Kemajuan dan Lindungan Tanah (LCDA) menjadi wadah penting untuk menyalurkan maklumat, sekali gus memberikan pendekatan baharu kepada peserta dalam menghadapi cabaran semasa.

Pengurus Besar pertama LCDA, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo berkata, sesi tersebut turut menyaksikan pelbagai perkongsian maklumat dan idea kepada pelajar yang terlibat.

“Justeru, saya berharap dan berdoa apabila kita selesai sesi ini nanti, setiap seorang daripada kita akan memperoleh sesuatu yang baharu yang mampu mengubah cara kita berfikir atau memberikan pendekatan baharu dalam melakukan sesuatu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Dialog Awam Roots to Tomorrow: A Legacy Celebration Event bersempena ulang tahun ke-45 LCDA di Dewan Jubli, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan, hari ini.

Hamid berucap pada Program Dialog Awam Roots to Tomorrow: A Legacy Celebration Event bersempena ulang tahun ke-45 LCDA.

Tambahnya, beliau berharap agar apabila semua peserta melangkah pulang pada penghujung program tersebut, setiap seorang daripada mereka dapat membawa pulang sekurang-kurangnya satu perkara baharu untuk dijadikan pedoman.

“Itulah harapan saya dan itulah yang saya ingin terus usahakan sepanjang sesi dialog awam ini berlangsung,” ujarnya.

Hamid yang juga Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Lembaga Pengarah Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) merupakan Pengurus Besar pertama LCDA dan tokoh utama yang berkongsi pengalaman luas, pandangan strategik serta aspirasi masa depan menerusi sesi dialog awam bersama pelajar universiti.

Perkongsian tersebut mengetengahkan evolusi LCDA daripada sebuah agensi yang berasaskan operasi manual di lapangan pada era 1980-an kepada sebuah badan berkanun moden yang selari dengan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Hamid mengadakan lawatan ke reruai pameran sempena penganjuran Mini Karnival Kerjaya.

Penganjuran sulung Program Dialog Awam Roots to Tomorrow: A Legacy Celebration Event bersama Mini Karnival Kerjaya turut menghimpunkan pelbagai agensi strategik dalam satu platform bersepadu bagi perkongsian ilmu, penerokaan peluang kerjaya serta pengukuhan jaringan antara industri, pelajar dan graduan.

Sementara itu, Pengurus Besar LCDA, Datuk Sr Zaidi Mahdi berkata, perkongsian daripada Hamid hari ini akan memberikan perspektif serta inspirasi kepada pelajar yang bakal menjadi generasi profesional dan pemimpin yang akan menyumbang kepada masa depan negeri ini.

Katanya, sesi itu juga memberi peluang kepada semua peserta, khususnya pelajar, untuk mempelajari pengalaman, perjalanan LCDA, kepimpinan, daya tahan, nilai murni serta tanggungjawab berkhidmat demi matlamat yang lebih besar daripada kepentingan diri sendiri.

“Pengajaran penting kepada generasi muda ialah kemajuan tidak berlaku secara kebetulan. Ia tercapai kerana adanya individu yang memilih untuk menyumbang, memimpin dan berbakti,” jelasnya.

Hamid mengadakan lawatan ke reruai pameran sempena penganjuran Mini Karnival Kerjaya.

Mengulas mengenai kepentingan penganjuran Mini Karnival Kerjaya, Zaidi berkata, pembangunan masa kini tidak lagi digerakkan oleh satu bidang sahaja.

“Sebaliknya, ia memerlukan kerjasama pelbagai disiplin serta kepakaran, jurutera yang mampu menyelesaikan cabaran kompleks serta bakat dalam bidang kewangan dan perniagaan yang mampu mencipta peluang baharu.

“Kami berharap program ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar bahawa kerjaya masa depan bukan sekadar mengenai jawatan yang disandang, tetapi juga mengenai sumbangan yang mampu anda berikan kepada masyarakat,” tegasnya.

BERITA LAIN

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang

BERITA TERBARU

GPS Amalkan Politik Penawar, Utamakan Kesejahteraan Rakyat

KUCHING: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmennya dengan pembangunan menyeluruh dan kesejahteraan rakyat menerusi Belanjawan Sarawak 2027, sekali gus mencerminkan pendekatan pentadbiran yang