ARTIKEL

Pasukan SAR memperluas pencarian di kawasan perairan sekitar lokasi kejadian bagi mengesan mangsa yang masih hilang. Foto: PGOB Sarawak.

Hampir 100 penduduk kampung turun bantu SAR lelaki hilang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Hampir 100 penduduk kampung membantu operasi mencari seorang lelaki hilang selepas bot dinaikinya terbalik di Kampung Hulu Paloh, di sini, hari ini.

Operasi hari kedua hari ini melibatkan pelbagai agensi keselamatan dengan kawasan pencarian diperluas ke perairan Kampung Kedang dan muara Sungai Paloh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pencarian disambung semula pada 8 pagi selepas operasi ditangguhkan semalam.

“Pasukan bomba tiba di Pantai Belawai pada 8.30 pagi sebelum bergerak ke lokasi pencarian dan menyertai operasi bersama-sama agensi lain pada 10.35 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa, Musliman Mohammad, 28, dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik dipercayai akibat arus deras.

Dalam kejadian itu, dua individu termasuk pengemudi bot berjaya diselamatkan dengan bantuan penduduk kampung, namun mangsa masih belum ditemui.

Selain bantuan penduduk kampung yang menggerakkan 20 bot, APM dan UKPS turut menyediakan sebuah bot setiap agensi bagi memperluas usaha mengesan mangsa.

BERITA LAIN

Sadong Jaya Ulu FT muncul juara

SADONG JAYA: Pasukan Ranting Sadong Jaya Ulu FT membuktikan kehebatan sebenar mereka apabila berjaya merangkul gelaran juara Karnival Futsal Terbuka Antara Ranting N.24 Sadong Jaya

BERITA TERBARU

Sadong Jaya Ulu FT muncul juara

SADONG JAYA: Pasukan Ranting Sadong Jaya Ulu FT membuktikan kehebatan sebenar mereka apabila berjaya merangkul gelaran juara Karnival Futsal Terbuka Antara Ranting N.24 Sadong Jaya