ARTIKEL

Sadong Jaya Ulu FT muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Pasukan Ranting Sadong Jaya Ulu FT membuktikan kehebatan sebenar mereka apabila berjaya merangkul gelaran juara Karnival Futsal Terbuka Antara Ranting N.24 Sadong Jaya 2026.

Pilihan popular itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan Ranting Pelanduk B menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan pada aksi final yang cukup sengit di padang futsal Kampung Sadong Jaya Ulu baru-baru ini.

Kejayaan itu membolehkan pemain Ranting Sadong Jaya Ulu FT membawa pulang wang tunai RM700, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Manakala, hadiah wang tunai RM500 beserta piala dan pingat diterima pemain Ranting Pelanduk Hilir B selaku naib juara.

Dalam pada itu, pasukan Ranting Jaie menduduki tempat ketiga dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM300, piala dan pingat.

Sambil, tempat keempat milik pasukan Ranting Jemukan yang turut membawa pulang wang tunai RM200, piala dan pingat.

Kategori Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun pula diungguli pasukan Ranting Jaie yang turut membawa pulang wang tunai RM300 dan pingat.

Naib juara milik pasukan Ranting Semera Hilir A dan turut membawa pulang wang tunai RM200 dan pingat.

Pasukan Ranting Semera Hilir B dan Ranting Semera Lot Baru yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing membawa pulang wang tunai RM150 beserta pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur), Datuk Ir Aidel Lariwoo yang juga penyandang kerusi DUN Sadong Jaya.

Karnival dua hari (30 dan 31 Oktober) itu dianjurkan oleh Pemuda Armada N.24 Sadong Jaya dengan kerjasama Pusat Khidmat N.24 Sadong Jaya.

Sebanyak 32 pasukan mewakili Ranting N.24 Sadong Jaya berentap dalam kejohanan terbabit.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU