ARTIKEL

Hampir ditetak dengan parang kerana sayur paku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Gara-gara sayur paku pakis, seorang wanita dipukul hingga cedera dalam satu kejadian di Kampung Bekenu di sini pada Selasa.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi ketika mangsa yang berusia 38 tahun bersama-sama adik dan dua anak lelakinya sedang mengumpul sayur paku pakis di sebuah kebun sebelum didatangi seorang lelaki.

Lelaki tersebut kemudian memarahi mereka lalu mengambil sebatang kayu seraya memukul mereka.

Lelaki terbabit juga mengeluarkan ayat berbaur ancaman bunuh dan akan membutakan mata mereka jika didapati masih cuba mengambil sayur di kebun berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut mengeluarkan sebilah parang hingga menyebabkan mereka sekeluarga ketakutan dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Hasil pergelutan itu, mangsa wanita telah mengalami kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tangan serta peha.

Satu laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat pengadu di Balai Polis Pusat Miri di sini, semalam.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU