ARTIKEL

ACP Ahsmon Bajah

Hampir RM3 juta kerugian libatkan 49 kes penipuan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah 49 kes penipuan dengan kerugian berjumlah RM2,940,124.71 dilaporkan di Kuching bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, kesemua kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan anggaran umur mangsa adalah antara 19 sehingga 70 tahun.

“Kebanyakannya terdiri daripada pegawai kerajaan, agensi swasta, pelajar dan suri rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut kata Ahsmon, sebanyak 33 kertas siasatan telah dituduh bagi tempoh yang sama di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat, dan juga dikenakan denda.

Katanya, modus operandi kes penipuan adalah melibatkan penipuan secara atas talian melalui panggilan telefon serta iklan media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, Wechat dan sebagainya.

“Mangsa yang terlibat dengan penipuan ini akan diarahkan oleh suspek untuk menyerahkan maklumat perbankan atau meminta mangsa untuk membuat pindahan wang ke dalam akaun bank pihak ketiga,” katanya.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang tidak dikenali serta iklan-iklan yang dipaparkan di media sosial.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, boleh hubungi talian 997 atau hadir ke balai polis dan bank yang berhampiran bagi mendapatkan nasihat, katanya.

BERITA LAIN

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu

BERITA TERBARU

Hanya GPS mampu jaga Sarawak

SIMANGGANG: Rakyat Sarawak perlu menjaga kepentingan dan menentukan masa depan negeri sendiri menjelang ‘lumba perahu’ (Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Sarawak) tidak lama lagi. Itu