ARTIKEL

Hampiri zon merah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Daerah Kuching kini menghampiri status zon merah ekoran peningkatan kes Covid-19, seperti yang dilaporkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Bagaimanapun JPBNS mendedahkan bahawa semalam Daerah Kuching masih berstatus kuning setelah merekodkan hanya 39 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadi jumlah daerah berstatus kuning kekal sebanyak tiga iaitu Kuching, Samarahan dan Bau dan zon hijau kekal 37 daerah,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tambah JPBN, mereka mengusahakan langkah-langkah yang akan dicadangkan dan dilaksanakan sebagai persediaan jika Daerah Kuching bertukar menjadi zon merah.

“Keadaan terkini masih dinilai dan dipantau setiap hari oleh semua agensi dan jabatan terlibat dan langkah seterusnya akan diumumkan nanti.

“Selain itu, tindakan mempertingkatkan penjejakan kontak sedang giat dijalankan.

“Kami mendesak orang ramai untuk bersabar serta tidak mempolitikkan perkara tersebut termasuk tidak menimbulkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat,” tegasnya.

JPBNS menjelaskan bahawa pengumuman langkah-langkah selanjutnya akan diambil dan diumumkan pada waktunya.

“Kami berharap agar orang ramai sentiasa mematuhi SOP yang telah disarankan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas kerjasama yang diberikan,” ujarnya.

Untuk rekod, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan pada sidang media di ibu kota, Kerajaan Sarawak akan mengadakan mesyuarat dalam masa sehari dua ini sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di negeri ini.

Jelasnya, keputusan mesyuarat akan dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi mewartakannya dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.