ARTIKEL

Hamzah ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Hamzah bangkitkan empat isu utama DUN Stakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penjelasan segera diperlukan berhubung status pelaksanaan Skim Penempatan Kampung Baru dan Skim Penempatan Semula di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Stakan, Datuk Hamzah Brahim.

Beliau berkata, rakyat memerlukan maklumat yang lebih telus serta garis masa pelaksanaan yang jelas bagi memastikan perancangan perumahan dapat direalisasikan dengan lebih teratur.

“Isu perumahan adalah tunjang kestabilan sosial, khususnya dalam kalangan generasi muda yang sedang berusaha memiliki kediaman sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Hamzah turut membangkitkan isu keselamatan Jalan Akses Selatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) yang disifatkan berisiko tinggi akibat ketiadaan sistem lampu jalan yang menyeluruh.

“Keadaan laluan yang gelap pada waktu malam bukan sahaja meningkatkan risiko kemalangan, malah menjejaskan tahap keselamatan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan yang merupakan laluan strategik.

“Faktor jarak penglihatan yang terhad amat kritikal bagi sebuah laluan strategik. Oleh itu, saya memohon agar kementerian berkaitan menyegerakan pemasangan lampu jalan di sepanjang laluan tersebut bagi menjamin keselamatan awam,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata kapasiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) didapati tidak sepadan dengan skop tanggungjawab yang semakin luas susulan kekangan tenaga kerja.

‘Ini kerana, jumlah kakitangan sedia ada seramai 95 orang adalah tidak mencukupi untuk mengurus kawasan yang pesat membangun serta mempunyai kepadatan penduduk yang semakin meningkat.

“Justeru, keadaan ini menjejaskan kecekapan perkhidmatan awam akibat kekurangan tenaga kerja sejak ia dinaik taraf. Oleh itu, saya memohon Kerajaan Negeri meluluskan penambahan kuota staf dengan segera,” katanya.

Langkah itu penting bagi memastikan MPKS dapat berfungsi dengan lebih berkesan sebagai pihak berkuasa tempatan yang setaraf dengan status perbandarannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamzah turut meminta penjelasan mengenai status pembinaan Klinik Kesihatan Samarindah yang kini didakwa tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat.

“Klinik Kesihatan Samarindah yang sedia ada sudah melangkaui kapasiti maksimum, sekali gus menyebabkan kesesakan serta tempoh menunggu yang panjang.

“Oleh itu, saya memohon pencerahan mengenai perancangan Kerajaan Negeri untuk membina klinik baharu di kawasan Samarindah bagi mengimbangi kepadatan populasi yang semakin pesat,” tegasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU