PENYANYI China, Han Geng, mendedahkan pengalaman sukar ketika menjadi artis di Korea Selatan.
Dedah Han, tekanan yang dihadapi sewaktu menjalankan latihan menjadi artis di Korea Selatan cukup berat sehingga dia terfikir untuk membunuh diri.
Dedahnya, dia turut dibebani dengan masalah kewangan kerana perlu menghantar wang kepada keluarga di China.
Namun, Han menyatakan dia beruntung dan bersyukur kerana ahli kumpulannya pada masa itu — Super Junior melayannya dengan baik dan selalu memberi sokongan.
Han memulakan latihan sebagai artis K-Pop pada usia 19 tahun dan muncul sebagai seorang artis dengan rasminya bersama-sama kumpulannya Super Junior pada 2005 sebelum meninggalkan kumpulan itu pada 2009.



