ARTIKEL

Gambar hiasan

Hanya 10 peratus bekas guru tuntut caruman KWSP setakat April – YGTHO

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hanya 10 peratus bekas guru yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dari 1962 hingga 1972 tampil membuat tuntutan bagi wang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara sehingga April 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) Zahiruddin Mohammad Hanif berkata peratusan itu melibatkan 185 bekas guru atau waris yang tampil membuat tuntutan di Jabatan Akauntan Negara.

Beliau berkata perkembangan itu menjadikan wang tidak dituntut oleh bekas guru di bawah Skim Perkhidmatan Guru-Guru Dipersatukan (UTS) menunjukkan penurunan kecil kepada RM11.7 juta setakat ini, berbanding RM13.5 juta pada 2018.

“Sejak pengumuman pada 2018, tidak ramai waris yang datang menuntut. Daripada 1,910 pencarum, sekarang tinggal 1,725 pencarum yang belum membuat tuntutan. Jadi tak sampai 200 orang dah datang tuntut, kira-kira 10 peratus sahaja.

“Pencarum yang terlibat adalah Guru UTS yang berkhidmat dan telah mencarum dari tahun 1962 hingga tahun 1972 sahaja, dan guru-guru ini tidak menerima pencen daripada kerajaan,” katanya kepada Bernama.
Zahiruddin turut menafikan dakwaan wang tidak dituntut KWSG bagi bekas guru UTS kini mencecah RM135 juta sebagaimana yang ditularkan baru-baru ini.

Mengulas lanjut beliau berkata wang caruman yang telah dimasukkan dalam kategori wang tidak dituntut akan kekal berada di Jabatan Akauntan Negara, namun pencarum atau waris boleh datang untuk membuat tuntutan pada bila-bila masa. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU