ARTIKEL

Hanya 12 ahli jawatankuasa rumah ibadat dibenarkan hadiri upacara sembahyang TBC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hanya ahli jawatankuasa rumah ibadat sahaja dibenarkan untuk menghadiri upacara sembahyang semasa perayaan Tahun Baharu Cina.

Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) memberitahu, kebenaran tersebut tertakluk kepada semua kawasan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) di seluruh Sarawak.

“Selain itu, hanya 12 orang ahli jawatankuasa rumah ibadat dibenarkan untuk menghadiri upacara sembahyang dan ia tertakluk kepada saiz rumah ibadat itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Unifor menjelaskan, upacara sembahyang itu hanya dibenarkan pada hari pertama Tahun Baharu Cina, iaitu pada 12 Februari ini.

Pelaksanaan upacara sembahyang di rumah ibadat ini juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melalui Unifor pada 3 Oktober 2020.

Untuk rekod, tinggal kurang lebih lima hari lagi masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baharu Cina yang akan diraikan pada 12 dan 13 Februari ini.

SOP sambutan Tahun Baharu Cina semasa PKP dan PKPB (Infografik: UKAS)

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU