Hanya Feri Luyan sahaja beroperasi mulai hari ini sehingga 9 Mac di Igan

IGAN: Menurut satu kenyataan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah, hanya sebuah Feri iaitu Feri Luyan sahaja akan beroperasi ke Kuala Igan pada 4 (hari ini) hingga 9 Mac ini.

Operasi bagi Feri Benuong diberhentikan seketika bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Difahamkan juga feri Benuong tersebut akan beroperasi sediakala pada 9 Mac (Isnin) ini.

Sehubungan itu, pihak JKR menasihatkan semua penduduk di sekitar Matu, Daro, Igan dan Mukah agar merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya bagi mengelakkan kesesakan berlaku.

Suara Sarawak