MUKAH: Bagi pengundi di Dun Tellian masing-masing kelihatan teruja dan bersemangat hadir pada hari ini di pusat pengundian masing-masing kerana kali ini saingan empat penjuru kali pertama berlaku di sini.
Menurut James Anthony 45, sebagai pengundi dia berharap kepada calon yang menang nantI dapat melaksanakan tugas dan khidmat kepada semua lapisan masyarakat tidak kira latar belakang dan membawa pembangunan berterusan untuk Dun Tellian ini.
“Saya harap pembangunan dari segi prasarana infrastruktur dan sosioekonomi dipertingkatkan kepada penduduk di sini dari Kampung Ulu Penat sehingga ke Ulu Baoh,” katanya.
Bareng Pirin 75, pula berharap kepada wakil rakyat baru nanti agar dapat bekerja dengan lebih keras dan dapat menyambung mana-mana projek yang telah diluluskan terdahulu yang belum lagi dilaksanakan.
“Tingkatkan usaha untuk pemuda dan untuk orang kampung dalam aspek oembangunan di sini,” ujarnya lagi.
Menurut Kamsiah Drasing 57 pula berharap calon belia GPS Royston Valentine yang bertanding dapat menang pada pertempuran empat penjuru kali ini dan dapat meneruskan pembangunan yang dilaksanakan oleh Mantan Adun Tellian Yusibnosh Balo yang terdahulu.
“Tambahan dia masih muda pasti dia ada banyak tenaga dan bersemangat untuk melakukan kerja-kerja wakil rakyat dan membangunkan Dun Tellian ini nanti,” katanya.
Bagi Anthony Samti 58 berharap agar wakil rakyat di Dun Tellian yang ada nanti dapat terus membantu penduduk dalam aspek pembangunan dan kebajikan kampung yang ada selain bijak dalam menguruskan permasalahan kampung dengan mekanisme yang terbaik.
Kapitan Kang Boon Eong 54 turut mengharapkan agar calon belia dapat menjadi wakil rakyat di Dun Tellian kali ini, disamping mempunyai keperibadian yang mesra dengan semua dan sentiasa turun padang melihat kawasan.
“Dari aspek pendidikan di Mukah juga kita harap dia nanti dapat berterusan membantu kita termasuk juga perkara lain, paling penting dia merupakan orang tempatan sebab mudah bagi kita bertemu dan berhubung jika ada permasalahan di akar umbi.
“Kita juga mahu wakil rakyat ini nanti tahu dan peduli kepada setiap permasalahan yang kita salurkan tidak hanya mendengar berita baik semata-mata,” jelasnya lagi.