MUKAH: Para peniaga di Bahagian Mukah dinasihati untuk terus mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Aidilfitri 2021, khasnya melibatkan penggunaan tanda harga berwarna merah jambu untuk sembilan barang di bawah kawalan.
Sehingga Isnin lalu, tiada aduan diterima oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Mukah berhubung mana-mana kesalahan di bawah SHMMP berkenaan.
Ketua KPDNHEP Cawangan Mukah Salihin Din berkata, pegawai penguat kuasa dan pegawai pemantau harga sentiasa berada di lapangan bagi memastikan bekalan barang keperluan terkawal sentiasa mencukupi serta mudah diperolehi.
“Tarikh berkuat kuasanya SHMMP ini ialah pada 21 April hingga 20 Mei dan telah disenaraikan untuk fasa pertama ini sembilan barang di bawah kawalan.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Apr 2021