ARTIKEL

BERCAKAP... Pengurus Stor IKEA Kuching, Pathmalingam Arumugam ketika ditemui pada sesi pratonton media di IKEA Kuching. FOTO: HAZIQ

Harga IKEA Kuching sama seperti di Semenanjung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengguna di Sarawak kini boleh menikmati harga produk IKEA setara dengan pasaran di Semenanjung Malaysia apabila tiada kenaikan harga dikenakan di stor baharu IKEA Kuching.

Pengurus Stor IKEA Kuching, Pathmalingam Arumugam berkata, langkah itu merupakan komitmen syarikat untuk memastikan pelanggan di Sarawak turut menikmati produk pada harga mampu milik.

/ANTARA produk kelengkapan rumah yang ditawarkan di stor IKEA Kuching. FOTO: HAZIQ

“Biasanya, harga produk di Sabah dan Sarawak lebih tinggi. Namun, kami menawarkan kira-kira 5,000 produk pada harga sama seperti di Semenanjung Malaysia.

“Pelanggan juga akan menikmati pengalaman yang sama seperti ketika mengunjungi stor IKEA di Pulau Pinang atau Lembah Klang,” katanya pada sesi pratonton media di IKEA Kuching, di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun beroperasi sebagai stor berformat kecil, IKEA Kuching tetap menawarkan pelbagai produk serta inspirasi kelengkapan rumah seperti cawangan lain.

PELBAGAI pilihan produk kelengkapan rumah ditawarkan kepada pelanggan di IKEA Kuching.

Menurutnya, pembukaan stor itu turut menjadi sebahagian daripada usaha IKEA memperluas pendekatan perniagaan omnichannel bagi memenuhi keperluan pelanggan di Sarawak.

Dalam pada itu, Pathmalingam berkata, pihaknya turut menjalankan kajian dengan mengunjungi kediaman masyarakat tempatan bagi memahami gaya hidup, keperluan dan cabaran mereka.

“Maklumat yang dikumpulkan digunakan dalam perancangan komersial bagi menyesuaikan konsep reka bentuk serta inspirasi IKEA dengan gaya hidup masyarakat Sarawak.

“Setiap kali memasuki pasaran baharu, pasukan kami akan mengunjungi kediaman penduduk untuk memahami cara hidup mereka sebelum menterjemahkan inspirasi reka bentuk Sweden mengikut keperluan tempatan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun saiz fizikal IKEA Kuching kira-kira 10 kali lebih kecil berbanding stor di Damansara, pelanggan tetap berpeluang menikmati pengalaman membeli-belah yang menyeluruh.

    BERITA LAIN

    Infrastruktur Gereja Kampung Sadir terus dinaik taraf

    PADAWAN: Kemudahan infrastruktur Gereja St Bernard Anglican Chapel di Kampung Sadir, Padawan terus dipertingkat menerusi beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan secara berperingkat sejak 2024. Ahli

    Iskandar Turkee Sedia Teruskan Khidmat di Jepak

    BINTULU: Pencalonan semula Iskandar Turkee sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13

    BERITA TERBARU

    Infrastruktur Gereja Kampung Sadir terus dinaik taraf

    PADAWAN: Kemudahan infrastruktur Gereja St Bernard Anglican Chapel di Kampung Sadir, Padawan terus dipertingkat menerusi beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan secara berperingkat sejak 2024. Ahli

    Iskandar Turkee Sedia Teruskan Khidmat di Jepak

    BINTULU: Pencalonan semula Iskandar Turkee sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13