ARTIKEL

/Jerip (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian pondok perkuburan dan kerja naik taraf jalan Gereja St Bernard Chapel di Kampung Sadir.

Infrastruktur Gereja Kampung Sadir terus dinaik taraf

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Kemudahan infrastruktur Gereja St Bernard Anglican Chapel di Kampung Sadir, Padawan terus dipertingkat menerusi beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan secara berperingkat sejak 2024.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil berkata, sebanyak RM200,000 diperuntukkan pada 2024 bagi menaik taraf pondok perkuburan serta jalan menuju ke kawasan perkuburan gereja berkenaan.

Beliau berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) turut disalurkan pada 2026 bagi kerja-kerja menurap jalan dan kawasan parkir di sekitar gereja.

“Peruntukan yang diberikan telah digunakan dengan sebaiknya, malah banyak kerja penambahbaikan dapat dilaksanakan menerusi semangat gotong-royong penduduk setempat.

“Melalui semangat ini, banyak perkara dapat dilakukan dengan kos minimum, termasuk pemasangan jubin di kawasan gereja,” katanya ketika ditemu bual selepas merasmikan pondok perkuburan dan kerja naik taraf jalan Gereja St Bernard Chapel di Kampung Sadir, di sini, hari ini.

Jerip (tengah) bersama isterinya, Datin Lee Chai Foong (tiga kiri), merakamkan gambar kenangan bersama warga Kampung Sadir di Gereja St Bernard Chapel.

Menurutnya, perkembangan Gereja St Bernard Anglican Chapel amat memberangsangkan, bukan sahaja dari segi kemudahan infrastruktur, malah turut menyaksikan peningkatan kehadiran jemaah, khususnya golongan muda.

Katanya, perkembangan itu diharap dapat diteruskan agar gereja berkenaan terus berkembang dan menjadi contoh kepada masyarakat di kawasan sekitarnya.

Gereja berkenaan dianggarkan mampu menampung antara 500 hingga 600 jemaah bagi kebaktian hujung minggu, manakala jumlah kehadiran lazimnya meningkat melebihi kapasiti ketika sambutan Krismas dan Easter.

Dalam pada itu, Jerip berkata, satu lagi projek pembangunan dirancang pada 2027 membabitkan Good News Fellowship, sebuah lagi gereja yang terletak di kampung sama.

    BERITA LAIN

    Iskandar Turkee Sedia Teruskan Khidmat di Jepak

    BINTULU: Pencalonan semula Iskandar Turkee sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13

    BERITA TERBARU

    Iskandar Turkee Sedia Teruskan Khidmat di Jepak

    BINTULU: Pencalonan semula Iskandar Turkee sebagai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13