ARTIKEL

Harga minyak sawit mentah naik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menaikkan unjuran purata harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dan 2027 sebanyak RM100 setiap tan kepada masing-masing RM4,450 dan RM4,300 setiap tan. Dalam satu nota penyelidikan, bank pelaburan itu menjelaskan unjuran harga berkenaan mencerminkan peningkatan kebarangkalian berlakunya fenomena El Nino serta pelaksanaan mandat biodiesel B50 oleh Indonesia. Ia menyatakan bahawa potensi berlakunya El Nino memberi risiko kepada pengeluaran minyak sawit dan menyokong pengukuhan harga.

Menurutnya, kesan El Nino terhadap pengeluaran minyak sawit biasanya perlahan dan selalunya hanya kelihatan 12 hingga 24 bulan selepas fenomena tersebut berlaku. Jelasnya ia akan memberi kesan seperti tekanan kelembapan yang menjejaskan hasil buah tandan segar (BTS) dan harga MSM kebiasaannya akan bertindak balas lebih awal.

“Ini mencerminkan sifat pasaran yang memandang ke hadapan, terutamanya jika fenomena tersebut berkembang menjadi peristiwa yang lebih teruk serta berpanjangan sehingga mengakibatkan kekurangan taburan hujan yang ketara di wilayah pengeluaran utama di Indonesia dan Malaysia,” katanya.

Selain itu, HLIB menyatakan rancangan pelaksanaan mandat biodiesel B50 oleh Indonesia (bermula 1 Julai, 2026) dijangka menyediakan saluran permintaan tambahan yang ketara bagi minyak sawit. Ia menjelaskan campuran biodiesel yang lebih tinggi akan meningkatkan jumlah biodiesel berasaskan sawit yang diperlukan untuk penggunaan diesel domestik sekali gus menyerap sebahagian besar daripada pengeluaran minyak sawit Indonesia.

“Impaknya boleh menjadi sangat ketara memandangkan saiz pasaran diesel domestik Indonesia yang besar. “Jika pelaksanaannya dilakukan secara meluas seperti yang dirancang, B50 boleh mengurangkan jumlah minyak sawit yang tersedia untuk eksport selain mengurangkan lebihan bekalan global berbanding permintaan,” katanya. – Bernama 

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU