ARTIKEL

Gambar hiasan

Harga Minyak Turun Mendadak Selepas Rundingan Damai AS-Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Harga minyak jatuh mendadak lewat Ahad selepas perjanjian diumumkan untuk menamatkan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran oleh pengantara Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.

Niaga hadapan Brent, yang didagangkan melebihi US$87, jatuh ke bawah paras US$84, turun kira-kira empat peratus setakat 2222 GMT berikutan berita mengenai perjanjian yang dirancang antara Washington dan Tehran, yang dijangka ditandatangani pada Jumaat selepas konflik lebih tiga bulan.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif mengumumkan awal Isnin, AS dan Iran telah mencapai persetujuan selepas rundingan intensif, dengan kedua-dua pihak mengisytiharkan penamatan serta-merta dan kekal bagi operasi ketenteraan di semua bidang, termasuk di Lubnan.

Menurut Sharif, majlis memeterai perjanjian rasmi dijadualkan berlangsung pada 19 Jun di Switzerland. – BERNAMA-ANADOLU

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

16 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau

TAWAU: Kira-kira 16 rumah kayu musnah dalam kebakaran di Lorong Fook Hwa, Batu 2, Jalan Apas, malam semalam. Ketua Zon Tawau Jabatan Bomba dan Penyelamat