ARTIKEL

Hargai diri sendiri, sayangi keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Hargailah diri anda sendiri dan keselamatan keluarga menjadi tanggungjawab kita semua, kata Adun Meradong, Datuk Ding Koung Hiing dalam paparan Facebook rasminya.

Beliau berkata, penularan wabak itu tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak perlu berwaspada. “Mari kita kongsi sikit pengalaman orang kuarantin malam ini.

Sesiapa yang pernah merasai suasana kuarantin tentu seumur hidup tidak akan melupainya.  “Sebelum kuarantin memang ada rasa sangat gembira kerana dapat bercuti percuma tetapi selepas lima hingga enam hari tentu badan akan berasa tidak selesa,” katanya susulan lapan lagi kes positif diumumkan di kawasannya baru-baru ini.

Sambil meluahkan perasaan terkejut dengan perkembangan terkini itu, beliau menggesa semua pihak supaya mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan.

Dalam satu ciapan berasingan, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor yang melakukan sanitasi awam di kawasan berkenaan.

“Setiap kali berlakunya wabak pandemik Covid-19, mereka tetap turun padang untuk menjalankan sanitasi bukan sahaja di Bintangor tetapi Pakan dan Julau,” katanya.

Kluster Bintang Daily diisytiharkan sebagai satu lagi kluster baharu di Daerah Meradong selepas Kluster Mador. Dalam kenyataan pada Isnin, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitahu, kluster komuniti ini membabitkan kontak keluarga dan kontak tempat kerja kepada kes indeks ke-3,612.

Kes indeks itu merupakan seorang lelaki tempatan yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Bintangor pada 23 Januari lalu dan keputusan ujian didapati positif pada 26 Januari.

BERITA LAIN

Furry Friends Fair pupuk kesedaran kebajikan haiwan

KUCHING: Penganjuran Furry Friends Fair 2026 menjadi platform meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kebajikan haiwan, selain memupuk amalan pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab. Anak Premier Sarawak,

BERITA TERBARU