ARTIKEL

Hargai tradisi, kenali asal usul

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keunikan kaum Bidayuh dapat dilihat melalui perbezaan tiga dialek bahasa utama iaitu Bau-Jagoi, Biatah dan Bukar Sadong.

Terdapat juga dialek-dialek lain seperti Bianah, Pinyewa, Biperoh, Bisapug, Bisitang dan Selako Lara.

Menurut Pembantu Khas kepada Chong Chien Jen Abdul Aziz Isa, perbezaan dari segi dialek bahasa merupakan salah satu keunikan yang menjadi elemen penyatuan Kaum Bidayuh di Sarawak.

Abdul Aziz berkata, jika generasi muda Bidayuh malu untuk bertutur menggunakan bahasa ibunda, maka dikhuatiri akan pupus ditelan zaman.

Jelas Abdul Aziz, tradisi masyarakat Bidayuh juga turut diketengahkan dalam Rami Gawai Semeba yang menyaksikan para peserta Dayung Sangon dan Dari Nigap diajar untuk membuat atap rumbia, memarut kelapa, membungkus nasi dengan menggunakan daun baun dan sebagainya.

“Para peserta juga bermain permainan tradisional Bidayuh seperti moteir, melastik, menyumpit dan sebagainya.

“Ini adalah untuk mengingatkan generasi muda bagi menghargai tradisi dan mengenali asal usul nenek moyang mereka”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Dewan Komuniti Kampung Semeba sempena Rami Gawai Semeba (RGS).

Malam kebudayaan RGS itu dimeriahkan dengan tarian tradisional Kaum Bidayuh dari Daerah Lundu, Padawan, Bau, Serian dan Kampung Semeba.

Tarian tradisional Bidayuh membawa banyak makna iaitu untuk menyambut tetamu, menghalau semangat jahat atau kesakitan dan untuk menyembah padi atau membawa tuah.

Penari-penari tersebut dijem-put untuk memeriahkan malam kebudayaan RGS.

BERITA LAIN

ISLAM bawa erti KEAMANAN

Islam membawa erti sejahtera sebagaimana sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Muslim itu ialah mereka yang membuat Muslim lain selamat daripada kejahatan lidahnya dan tangannya“. (maksud

LAPOR KES PENIPUAN WALAUPUN KECIL

TIDAK dinafi kan kes penipuan dalam talian semakin ‘mengganas’ ekoran laporan kes semakin meningkat setiap tahun. Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan (DSP) Muhamad Rizal

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira