ARTIKEL

HEBAHAN... Hebahan Sambutan Hari Keluarga anjuran JWKS di Le'Park, Dewan Suarah Kuching, esok.

Hari Keluarga 2026 JWKS tawar pelbagai perkhidmatan komuniti di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelbagai perkhidmatan komuniti termasuk saringan kesihatan, pemeriksaan pergigian dan kesihatan reproduktif wanita ditawarkan sempena Sambutan Hari Keluarga 2026 anjuran Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) di Le’Park, Dewan Suarah Kuching, esok.

Menurut kenyataan JWKS, sambutan tersebut akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

“Pengunjung berpeluang mendapatkan perkhidmatan berkaitan pendaftaran dan pembaharuan kad pengenalan, kaunter diskaun saman serta khidmat nasihat dan cetakan perakuan kad nikah.

“Dengan tema “Kasih Keluarga, Jiwa Negara”, sambutan itu diadakan sempena Bulan Keluarga Kebangsaan dan bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.

“Sambutan itu turut menyediakan ruang kepada usahawan di bawah JWKS untuk mempromosikan serta memasarkan produk masing-masing menerusi reruai jualan yang disediakan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Selain itu, Jualan Rahmah MADANI juga akan diadakan bagi menawarkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga berpatutan.

Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, beberapa ceramah turut disusun sepanjang program berkenaan.

Antaranya, ceramah Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Fertiliti (BuAI) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

“Turut diketengahkan, ceramah Kasih Keluarga Tanpa Dadah oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak.

“Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan menyampaikan ceramah bertajuk Demi Esok Yang Lebih Baik – Pengurusan Kewangan Bijak.

“Ceramah Waspada Scam: Kenali, Cegah dan Bertindak pula akan disampaikan oleh Duta Antipenipuan Polis Diraja Malaysia, Rahmat Fitri Abdullah,” katanya lagi.

Selain pengisian berbentuk perkhidmatan dan kesedaran, sambutan itu turut menyediakan pelbagai aktiviti santai dan pertandingan untuk disertai pengunjung bersama-sama keluarga.

Orang ramai dijemput hadir bersama-sama keluarga bagi memeriahkan sambutan yang bukan sahaja menyediakan ruang untuk beriadah, malah menjadi platform memperkukuh hubungan kasih sayang dan meningkatkan kesedaran kesejahteraan keluarga.

BERITA LAIN

Lelaki 32 tahun maut dalam kemalangan di Niah

NIAH: Usaha pasukan bomba menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah Perodua Bezza berakhir dengan tragedi apabila mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan

BERITA TERBARU