ARTIKEL

Lelaki 32 tahun maut dalam kemalangan di Niah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NIAH: Usaha pasukan bomba menyelamatkan seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah Perodua Bezza berakhir dengan tragedi apabila mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan di Jalan Bintulu-Miri, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) memaklumkan, mangsa, 32, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori.

“Nahas itu turut menyebabkan pemandu Perodua Bezza, Helson John Katil, 27, mengalami kecederaan pada kepala dan jari tangan,” katanya.

PGO menambah, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.48 pagi.

Susulan itu katanya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah bersama dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikerahkan ke lokasi kejadian, kira-kira 55 kilometer dari balai berkenaan.

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 5.39 pagi dan mendapati seorang lelaki tersepit di dalam Perodua Bezza dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan mengaplikasikan kaedah SAVER,” katanya.

Bagaimanapun kata PGO, mangsa yang berjaya dikeluarkan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU