ARTIKEL

Len Talif dalam upacara simbolik merasmikan Hari Keluarga Melanau 2025, turut kelihatan Jeniri Amir (dua dari kiri) - ALIF NONI

Hari Keluarga Melanau 2025 eratkan silaturahim masyarakat Melanau di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Program Hari Keluarga Melanau 2025 menjadi wahana menyatukan masyarakat Melanau dari seluruh Sarawak yang bermastautin di daerah Kuching dan kawasan berdekatan.

Program anjuran Persatuan Melanau Kuching (PMK) dan Lembaga Amanah Kebajikan Kaum Melanau Sarawak (LAKKMS) itu berlangsung meriah di Wisma Melanau.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Haji Len Talif Salleh berkata program seumpama itu mampu menjadi ruang mengeratkan silaturahim serta menghidupkan nostalgia dalam kalangan ahli.

“Kerjasama PMK dan LAKKMS amat penting dalam membangunkan kemajuan masyarakat Melanau di bandar.

“Meskipun masyarakat Melanau berbilang dialek mengikut daerah masing-masing, program ini sedikit sebanyak dapat menyatukan perbezaan tersebut agar lebih kukuh,” katanya.

Len Talif bersama pelajar cemerlang SPM – Diploma 2020-2025

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum merasmikan Program Hari Keluarga Melanau 2025 di Wisma Melanau, di sini, hari ini.

Len Talif berkata program itu juga menjadi medium mendekatkan generasi muda dan tua, sambil menyeru lebih ramai belia Melanau menyertai persatuan bagi mengukuhkan jaringan komuniti.

“Walaupun kira-kira 12,000 masyarakat Melanau menetap di Kuching, keahlian PMK masih rendah, sekitar 2,000 orang.

“Saya berharap lebih ramai anak-anak dan cucu-cucu kita terlibat dalam aktiviti persatuan supaya silaturahim tidak terputus. Sesekali jenguklah Wisma Melanau,” tambahnya.

Beliau turut menggesa masyarakat Melanau, khususnya golongan profesional, untuk lebih aktif berpersatuan bagi memacu sosioekonomi dan memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi.

“Semangat Sama Menugak Sama Menyagak, Kak Pebekak Dibak Pahak menjadi tunjang kerjasama dan sokongan sesama Melanau.

“Gabungan tenaga dan idea akan membantu membangunkan komuniti Melanau yang lebih berdaya saing,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan insentif kepada sembilan pelajar cemerlang 2020 hingga 2024 dalam kalangan anak-anak Persatuan Melanau yang berjaya dalam peperiksaan SPM hingga Diploma.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU