ARTIKEL

Datuk Manca Ata bercakap pada sidang akhbar di Pusat Penjumlahan Undi PRK Jepak di Dewan Suarah Bintulu

Hari mengundi PRK Jepak lancar, hanya 5 laporan polis sepanjang tempoh kempen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Hanya lima laporan polis diterima atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Jepak yang bermula 21 Oktober lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Manca Ata berkata, sementara proses pembuangan undi di 14 pusat pembuangan undi hari ini berjalan lancar setakat jam 4.15 petang.

“Proses pengundian setakat ini berjalan dengan lancar, keadaan ketenteraman awam dalam keadaan baik dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Diharap suasana seperti ini berterusan sehingga proses pengundian ini selesai dengan aman dan terkawal,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Pusat Penjumlahan Undi PRK DUN Jepak di Dewan Suarah Bintulu.

Dalam pada itu, Mancha berkata, setakat jam 4 petang, peratusan keluar mengundi adalah 45.44 peratus atau 10,342 pengundi telah keluar mengundi.

Beliau menyeru agar pengundi untuk keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berhubung aktiviti perjudian melibatkan kaki judi sempena PRK Jepak

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU