ARTIKEL

1. KENANGAN...Razi (tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama salah seorang graduan sempena majlis graduasi Pusat Pemulihan Samarahan

Hari OKU Sarawak 2025 diserikan dengan 10 anugerah penghargaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak empat anugerah baharu diperkenalkan sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sarawak Tahun 2025, sekali gus menjadikan 10 anugerah berprestij akan disampaikan pada majlis sambutan yang diadakan secara tahunan itu.

Timbalan Menteri Pembangunan dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam berkata, anugerah baharu yang diperkenalkan pada tahun ini ialah Anugerah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Cemerlang Sekolah Rendah dan Menengah, Anugerah Abylimpics serta Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Prihatin OKU.

BERCAKAP…Razi Sitam berucap pada majlis

“Terdapat 10 anugerah yang akan dimaklumkan dan ada di antaranya baharu diperkenalkan seperti Anugerah PPKI Cemerlang Sekolah Rendah dan Menengah, Anugerah Abylimpics dan Anugerah PBT Prihatin OKU.

“Kita juga menghargai jasa ibu bapa yang membesarkan anak OKU serta memberi manfaat kepada masyarakat yang senasib dengannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Hari OKU Sarawak Tahun 2025 di Hotel Imperial, hari ini.

Tegas beliau, pengiktirafan tersebut adalah sebagai bentuk penghargaan kepada semua pertubuhan sukarela kebajikan, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), sekolah rendah dan menengah berkaitan pendidikan khas, serta ibu bapa yang terus memberikan sokongan dan pengorbanan dalam membesarkan anak-anak OKU.

Usaha itu katanya, menjadi bukti komitmen Kerajaan Sarawak untuk sentiasa mengambil pendekatan inklusif dan prihatin terhadap masyarakat OKU di negeri ini.

“Sambutan tahunan ini bukan sekadar ritual. Ia adalah manifestasi komitmen kita bersama untuk membina sebuah masyarakat inklusif yang menjadi tonggak utama wawasan pembangunan negeri.

“Di Sarawak yang berbilang kaum dan agama, semangat perpaduan dalam kepelbagaian ini perlu terus dipupuk dan merangkumi penyertaan penuh semua golongan, termasuk rakan-rakan kita dari komuniti OKU,” jelasnya.

Majlis tersebut menyaksikan Razi Sitam menyempurnakan penyampaian 10 anugerah penghargaan kepada para pemenang.

Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Samarahan merangkul Anugerah PPDK Cemerlang; Sarawak OKU Skills Development Association (SOSDA) merangkul Anugerah Pertubuhan Sukarela Komuniti (PSK) Kategori OKU; Sekolah Kebangsaan Tabuan Ulu merangkul Anugerah PPKI Sekolah Rendah Cemerlang; dan Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya menerima Anugerah PPKI Sekolah Menengah Cemerlang.

Sementara itu, Anugerah Ibu Bapa OKU (Inspirasi) dirangkul oleh Encik David Ngu Tai Giin dan Encik Adzohari Haji Jamil; Anugerah Abylimpics pula dirangkul oleh Yeoh Suh Chan; Ambang Wira Sdn Bhd menerima Anugerah Majikan Prihatin OKU; Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima Anugerah PBT Prihatin OKU, manakala anugerah terakhir iaitu Anugerah Khas Tokoh OKU diungguli oleh Encik Francis Johen.

KENANGAN…Razi (tengah) merakam gambar kenangan bersama para graduan

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu