ARTIKEL

Hari Polis ke-213 hujung bulan ini ditunda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Polis ke-213 pada 25 Mac ini ditunda ke satu tarikh baharu, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata pembatalan berkenaan dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 dengan tarikh baharu akan ditetapkan kemudian.

Hari Polis ke-213 itu akan disambut secara serentak di seluruh negara pada tarikh baharu dengan mengekalkan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April ini ekoran risiko jangkitan COVID-19. – Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan