KUCHING: Hari Yoga Antarabangsa ke-10 Sarawak di sini akan diadakan esok (30 Jun).
Ia akan bermula pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi di Dewan Serba Guna Hare Krishna, Jalan Ketitir, Batu Kawa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang, dijangka turut menyertai dan memeriahkan acara rersebut.
Program itu dianjur bersama oleh ISKCON Kuching dengan persatuan The Art of Living Sarawak dan Malaysia Hindu Sangam Sarawak.

