ARTIKEL

Grounded planes of Jet Airways are pictured at Chattrapati Shivaji International Airport in Mumbai on April 18, 2019. Jet Airways shares plunged more than 32 percent on April 18, hours after the Indian carrier's final flight landed following a decision to ground its entire fleet. (Photo by PUNIT PARANJPE / AFP)

Harta pengasas Jet Airways disita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Agensi penguat kuasa (ED) India pada Rabu mengumumkan bahawa ia menyita harta milik pengasas Jet Airways, Naresh Goyal, ahli keluarga dan syarikatnya berjumlah AS$69.68 juta membabitkan dakwaan kes penipuan pinjaman bank, lapor Xinhua.

Agensi persekutuan yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang ekonomi dan memerangi jenayah ekonomi di India itu turut menyita hartanah termasuk 17 flat kediaman, banglo dan premis komersial atas nama Goyal, ahli keluarganya dan syarikatnya di London, Dubai dan di beberapa negeri di India.

Pada Selasa, ED memfailkan pertuduhan terhadap Goyal dan lima lagi individu berkaitan kes penipuan yang difailkan oleh Canara Bank.

Goyal ditahan pada September lalu.

Jet Airways menghentikan operasi pada 2019 kerana mengalami masalah kewangan hingga menyebabkan ribuan pekerja termasuk juruterbang, jurutera, pramugari dan kakitangannya hilang pekerjaan. – Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu