ARTIKEL

Hasidah (kanan) dan Hilmy (kiri) melepaskan belon sebagai simbolik pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara di sini, hari ini. FOTO: RAMIDI SUBARI

Hasidah gesa wanita lakukan saringan awal kanser payudara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap bahaya kanser payudara terus diperkasakan menerusi penganjuran Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang dilancarkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata kempen tahunan ini satu seruan penting agar wanita lebih peka terhadap kepentingan pemeriksaan awal.

KENANGAN… Hasidah dan Hilmy bersama-sama merakam gambar dengan bekas pesakit kanser payudara di sini, hari ini. FOTO: RAMIDI SUBARI

“Menerusi inisiatif daripada Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon, wanita dapat melakukan saringan awal.

“Ini kerana kanser payudara hanya dapat dikesan melalui saringan, kesedaran diri dan pemeriksaan sendiri. Pengesanan awal adalah rawatan terbaik bagi kanser,” katanya pada Majlis Pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara di sini, hari ini.

Tambah beliau, sokongan daripada agensi seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memberi peluang kepada wanita untuk mengambil langkah positif dalam menjaga kesihatan diri.

“Menerusi perkhidmatan pemeriksaan dan saringan yang ditawarkan, wanita yang tidak pernah menjalani sebarang pemeriksaan dapat mengambil langkah pertama untuk menjaga kesihatan diri.

“Selain itu, kerjasama berterusan daripada Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dalam menganjurkan program kesedaran ini sejak tiga tahun lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berharap kerjasama ini dapat diteruskan bersama lebih banyak agensi agar kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan awal payudara dapat dipertingkatkan.

“Persatuan Kumpulan Sokongan Pink Ribbon adalah badan bukan kerajaan yang disifatkan sebagai lambang kekuatan dan ketabahan golongan wanita dalam menghadapi cabaran kanser payudara.

“Kejayaan persatuan ini termasuk menubuhkan pusat aktiviti khas untuk pesakit dan bekas pesakit kanser payudara menjadi bukti bahawa sokongan moral amat penting dalam proses pemulihan,” jelasnya.

Menjelas lanjut, beliau berharap agar pembinaan Hospital Kanser khas Sarawak dapat direalisasikan dalam masa terdekat.

“Ini bagi memastikan pesakit di negeri ini mendapat akses rawatan dan penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh.

“Kita mahu melihat hospital onkologi khusus dibina di Sarawak supaya semua pesakit kanser dapat menikmati rawatan yang terbaik,” tegasnya.

Beliau turut menyeru agar usaha memperjuangkan penubuhan hospital tersebut diteruskan sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat negeri ini.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i