ARTIKEL

Abang Johari ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Bas Sekolah Percuma dan Bilik Darjah Pintar di SJK Chung Hua No. 6, di sini, hari ini. (Foto GHAZALI BUJANG)

Hasil Negeri RM13.5 bilion Setahun Lepasi Sasaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merekodkan hasil pendapatan berjumlah RM13.5 bilion bagi tahun 2025 sekali gus melepasi unjuran RM13.01 bilion yang ditetapkan bagi tempoh berkenaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, angka tersebut mencatatkan peningkatan selepas proses penutupan akaun kewangan pada Disember lalu.

“Apabila akaun ditutup setakat 31 Disember, terdapat kutipan tambahan yang menjadikan jumlah keseluruhan hasil pendapatan kita mencecah RM13.5 bilion.

“Saya berpuas hati. Alhamdulillah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Bas Sekolah Percuma dan Bilik Darjah Pintar di SJK Chung Hua No. 6, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan prestasi ekonomi negeri turut mencerminkan kestabilan politik dan pengurusan kewangan yang berhemat.

Ketika pembentangan Belanjawan Sarawak 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November lalu, Abang Johari memaklumkan sehingga Oktober 2025, kerajaan negeri telah menjana RM10.3 bilion atau 73 peratus daripada sasaran asal.

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU