ARTIKEL

Hasilkan 10,000 ‘soft toys’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BERMULA dengan hobi, seorang suri rumah berjaya menjadikan minat menjahit sebagai sumber pendapatan dengan menghasilkan produk kraf soft toys iaitu mainan kanak-kanak yang dibuat daripada batik dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk.

Mazlina Abdul Majid, 51, dari Kampung Rim berkata sehingga kini kira-kira 10,000 mainan dihasilkannya sejak beliau memulakan perniagaan kraf itu kira-kira empat tahun lepas.

Beliau berkata dengan menjadikan sebuah bilik dalam rumah sebagai bengkel menjahit, beliau turut dibantu dua pekerja bagi menghasilkan mainan kanak-kanak itu selain beberapa produk kraf lain seperti batu seremban, rantai kunci dan pelitup muka.

“Lebih istimewa mainan ini juga beridentitikan Melaka pada cap batik dan bentuk kancil selain terdapat bentuk seperti dinosaur, arnab, kucing, burung hantu dan lain-lain yang selamat digunakan untuk kanak-kanak dan juga sesuai untuk dijadikan cenderamata.

“Saya amat menitikberatkan kualiti pada setiap produk dihasilkan berbanding kuantiti bagi memastikan kepuasan pembeli dan produk itu tahan lasak,” katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Program Craft Media Tour.

Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, beliau sebelum ini bekerja di kilang namun terpaksa berhenti disebabkan menghadapi masalah slipped disc dan kemudiannya mengikuti kursus menjahit pada 2019 menerusi program quick win anjuran sebuah daripada agensi kerajaan selain mendapat bimbingan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).

Mazlina berkata batik yang digunakan untuk membuat produk kraf itu diperoleh daripada pengusaha tempatan serta turut menghasilkan rekaan batik sendiri menerusi penggunaan tanah liat ketika proses membuat batik di bengkel berdekatan kampungnya.

Beliau berkata lebih membanggakan produk dihasilkan di bawah Che Embun Creative Collection miliknya itu juga kini berjaya dijual hingga ke United Kingdom menerusi platform MYCraftshoppe iaitu saluran pemasaran produk kraf dan perkhidmatan secara dalam talian.

“Alhamdulillah dalam tempoh empat tahun ini Kraftangan Malaysia banyak membantu dari segi bantuan kewangan, pengeluaran, bahan dan pemasaran sehingga produk kraf ini semakin dikenali.

“Saya juga melihat bidang kraf ini juga mempunyai potensi kepada manamana pihak yang berminat untuk menceburinya yang boleh dijadikan sebagai punca untuk menambah pendapatan sampingan keluarga,” katanya.

Mazlina berkata setiap mainan dan produk kraf itu dijual dengan harga serendah RM12 hingga RM120 mengikut saiz dan jenis.

Usahawan kraf itu juga mendapat pensijilan Standard Kraftangan Malaysia 1:2022 – Penilaian bagi Pengelasan Industri Kraf Tangan Malaysia yang menepati tujuh penilaian ditetapkan iaitu berkaitan produk, keupayaan teknikal, keupayaan pengeluaran, amalan baik, kecekapan pengurusan, kekukuhan kewangan dan prestasi perniagaan. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha