ARTIKEL

FOTO FB MERCY Malaysia

Hasrat Dr Siti Sainira bantu mangsa konflik di Gaza tercapai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Berkongsi lebih lanjut pengalaman itu, Dr Siti Sainira berkata beliau bersama tiga lagi sukarelawan lain telah ditugaskan untuk memberikan rawatan kecemasan di beberapa hospital utama termasuk Hospital Al-Shifaa, Al-Nasser dan Kuwait Specialty Hospital dalam misi yang bermula dari 27 Mac hingga 26 April.

Beliau mengakui sebelum ini sering mengikuti perkembangan dan keperitan hidup rakyat di zon konflik menerusi laporan media dan sejak dari itu, menyimpan hasrat untuk menyumbang tenaga dalam misi bantuan dan tidak menyangka impian tersebut menjadi kenyataan menerusi pasukan SCT 5.

“Sebagai wanita, saya amat tersentuh kerana majoriti mangsa konflik adalah wanita dan kanak-kanak. Alhamdulillah, hasrat saya untuk membantu mereka akhirnya tercapai,” katanya yang sudah 17 tahun berkhidmat dalam bidang perubatan.

Biarpun berhadapan pelbagai cabaran sepanjang menjayakan misi tersebut termasuk berjauhan dengan keluarga, Dr Siti Sainira berkata latihan simulasi bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas banyak membantunya untuk bersedia dari segi mental dan keselamatan.–BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU