ARTIKEL

RAKAM KENANGAN Casidy (tengah) merakam kenangan bersama anggota PDRM, JPJ Serian, serta JKR Serian.

Hati-hati melalui jalan di Jakar, dan Sarikei semasa musim perayaan ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pengguna jalan raya di laluan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) diminta agar berhati-hati, susulan beberapa kawasan jalan di Jakar dan Sarikei masih belum siap sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris, menasihati pengguna yang akan pulang ke kampung semasa musim perayaan yang akan datang.

“Jika kita melihat keseluruhan laluan LPB, khususnya di kawasan Jakar dan Sarikei, terdapat jalan-jalan yang masih dalam pembinaan. Ini bukan bermakna JKR tidak peka, tetapi kawasan ini masih dalam proses pembinaan,” katanya.

PROGRAM
Sekitar program Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena dengan Musim Perayaan Krismas dan Cuti Tahun Baru 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersempena dengan Musim Perayaan Krismas dan Cuti Tahun Baru 2025 di sini, pagi tadi.

Tambah Casidy, laluan yang dikenali sebagai ‘Red Line’ di sepanjang laluan LPB kini sedang dinaik taraf oleh kerajaan.

“Secara keseluruhan, ada juga kawasan ‘Red Line’ yang sebelum ini telah dinaik taraf sebagai Jalan Raya Berkembar, tetapi kini dalam proses pemulihan sepenuhnya,” jelasnya.

Pada April lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengumumkan bahawa jajaran Red Line yang membabitkan jalan Persekutuan dan jalan negeri di Sarawak akan direka bentuk semula dan dinaik taraf mengikut standard PLB. Ini meliputi kawasan Kuching, Serian, Sibu, Bintulu, Julau, dan Miri.

Sementara itu, pada November lepas, Nanta mengumumkan bahawa enam seksyen jalan yang diklasifikasikan sebagai Red Line di jajaran LPB sepanjang 136.74 kilometer telah diluluskan untuk dinaik taraf.

BERCAKAP
Casidy menjawab soalan daripada pemberita ketika ditemui selepas program.

“Kelulusan dengan kos keseluruhan RM120 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) diberikan berdasarkan penilaian terhadap keperluan mendesak di kawasan terlibat,” katanya.

Menurut Casidy, pihaknya bersama PBH Asset Management Sdn Bhd yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di LPB telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lebuh raya tersebut.

“Kami juga melakukan rondaan untuk memeriksa sebarang kecacatan, kekurangan, atau lampu yang tidak berfungsi. Melalui usaha ini, kami dapat memastikan jalan raya selamat dan menghindari kerosakan yang lebih teruk,” ujarnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya juga sering memantau kawasan berisiko banjir di Sarawak bagi menghadapi sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU