ARTIKEL

Hati-hati memandu di Jalan Ketitir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengguna dinasihatkan berhati-hati semasa memandu di Lorong Arang 15 C, Jalan Ketitir, Batu Kawa kerana berlaku perubahan laluan berikutan kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di kawasan itu.

Jabatan Pengairan dan Saliran dalam satu kenyataan memberitahu, orang ramai perlu mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan dengan perhatian khusus.

“Kita memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

“Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat. Segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.

Sekiranya terdapat sebarang aduan atau pertanyaan, sila berhubung dengan Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (082-243 241) dan Tokoh Ilham Sdn Bhd (082-313047) pada waktu pejabat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU