PENYANYI, Sufian Suhaimi mengejutkan peminat apabila menghantar rombongan merisik teman wanita yang dikenali sebagai ‘Sayang’ pada Sabtu.
Menerusi perkongsian video di TikTok, kelihatan wanita yang dipercayai ibu Sufian menyarung cincin ke jari manis wanita tersebut pada majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.
Selesai majlis, turut kelihatan kelibat Sufian merakam gambar kenangan bersama-sama wanita itu.
Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dengan berita berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada Sufian dan pasangannya.
Malah, kecantikan wajah wanita tersebut turut mendapat pujian peminat.
“Akhirnya Sufian bertemu gadis yang tepat buat dirinya.
“Lawanya, ringkas saja majlisnya. Cukup keduadua belah keluarga yang hadir,” komen warganet.
Bagaimanapun, di Instagram Sufian masih lagi tiada sebarang hantaran terkini dibuatnya tentang majlis merisik berkenaan.



