ARTIKEL

Iskandar merakamkan gambar bersama penceramah Forum Perdana Maulidur Rasul 1448H/2026H di Auditorium BDA, Sabtu malam.

Hayati sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Masyarakat Islam diseru supaya tidak sekadar mengetahui sunnah Rasulullah SAW, sebaliknya memahami, menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian bagi membentuk akhlak serta hubungan sesama manusia yang lebih baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, penghayatan terhadap sunnah Rasulullah SAW perlu diterjemahkan melalui amalan dan akhlak dalam kehidupan bermasyarakat, selaras dengan tuntutan Islam.

Iskandar menghadiri Forum Perdana Maulidur Rasul 1448H/2026H di Auditorium BDA, Sabtu malam.

Menurutnya, forum yang menampilkan barisan ilmuwan itu memberi pengisian dan peringatan penting kepada masyarakat mengenai kepentingan menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

“Sunnah bukan sekadar untuk diketahui, tetapi perlu difahami, diamalkan dan diterjemahkan melalui akhlak serta cara kita berinteraksi sesama manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Forum Perdana Maulidur Rasul 1448H/2026 bertemakan “Sunnah Rasulullah: Susah Sangat Kah?” yang berlangsung di Auditorium Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), di sini, Sabtu malam.

Iskandar berkata, penganjuran program keagamaan seperti itu wajar diteruskan kerana bukan sahaja dapat menyuburkan kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, malah menjadi wadah memperkukuh ukhuwah dalam masyarakat.

Beliau berharap program seumpama itu dapat terus memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melakukan refleksi diri dan berusaha memperbaiki akhlak serta amalan berdasarkan ajaran Rasulullah SAW.

BERITA LAIN

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan

BERITA TERBARU

Billy Mahu ICQS Biawak Dinaik Taraf

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak perlu diberi perhatian bagi merancakkan perdagangan rentas sempadan di antara Sarawak dengan Kalimantan