KUCHING: Seramai 146 ahli Pengakap dari seluruh Sarawak telah menerima bintang dan pingat Pengakap yang terdiri daripada 72 orang menerima Pingat Pengakap Malaysia manakala 74 menerima Pingat Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak berserta Sijil Manik Kayu.
Majlis penganugerahan pingat telah diadakan di Auditorium TAZA di Institut Pendidikan Guru Sarawak Malaysia Kampus Batu Lintang baru-baru ini.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tan Sri William Mawan Ikom selaku Yang Dipertua Majlis Pengakap Sarawak.
Menurut satu kenyataan, Henry Jugah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak kerana telah memilih beliau menerima pingat itu tersebut
“Beliau terharu atas penganugerahan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Pengakap Cawangan Sarawak.” Ujar Henry lagi.
Selain daripada itu, Henry turut merakam terima kasih kepada Pengakap Daerah Betong yang diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tuan Britt Martin Gana atas percalonan tersebut.
Selama enam tahun lebih, beliau telah menjadi Ahli Majlis Pengakap di Daerah Betong dan banyak mempelajari bidang kepengakapan ini.
Kebanyakan bidang kepengakapan itu lebih kurang sama dengan bomba dari segi keilmuannya iaitu seperti belajar ikatan, belajar kawad kaki, belajar untuk Lencana Api dan sebagainya.
Katanya walaupun beliau telah berpindah ke Miri tetapi hatinya masih teringatkan Betong.
Suatu hari nanti tidak mustahil beliau akan kembali ke Betong lagi.

