ARTIKEL

JAGA PERPADUAN… Henry berucap pada Program Semarak Kemerdekaan Hari Sarawak 2026 di Kampung Meriting, Sundar, Lawas, semalam. Foto UKAS

Henry seru perpaduan diperkukuh demi pembangunan Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat perlu terus diperkukuhkan bagi memastikan pelaksanaan agenda pembangunan di Lawas dapat diteruskan secara mampan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong berkata, sokongan dan kerjasama masyarakat menjadi faktor penting dalam memastikan pelbagai projek pembangunan yang dirancang Kerajaan Sarawak dapat dilaksanakan dengan lancar serta memberi manfaat kepada penduduk.

“Walaupun kita telah menikmati pelbagai kemajuan, usaha membangunkan kawasan luar bandar perlu diteruskan agar rakyat dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik pada masa hadapan.

MENARIK… Henry mencuba menyumpit ketika menghadiri Program Semarak Kemerdekaan Hari Sarawak 2026 di Kampung Meriting, Sundar, Lawas, semalam. Foto UKAS

“Hubungan yang erat, sikap saling menghormati dan kerjasama dalam kalangan masyarakat merupakan asas penting bagi memastikan pembangunan dapat diteruskan demi generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Kemerdekaan Hari Sarawak 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Limbang di Kampung Meriting, Sundar, Lawas, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak terus komited melaksanakan pelbagai projek strategik di Lawas, termasuk pembangunan Pelabuhan Laut Dalam Kuala Lawas, Lapangan Terbang Baharu Lawas serta pembinaan jaringan jalan raya dan jambatan yang dijangka meningkatkan kesalinghubungan, merancakkan aktiviti ekonomi serta mempercepat pembangunan wilayah utara Sarawak.

Beliau berkata, manfaat daripada pelaksanaan projek tersebut hanya dapat direalisasikan sepenuhnya sekiranya masyarakat terus mengekalkan semangat perpaduan, saling menghormati dan bekerjasama dalam menyokong agenda pembangunan negeri.

Sementara itu, wakil Ketua Kampung Meriting, Jerry Siran berkata, Program Semarak Kemerdekaan Hari Sarawak menjadi platform untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara masyarakat dengan agensi kerajaan, selain memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk.

Katanya, penyertaan aktif komuniti dalam program seumpama itu mencerminkan komitmen masyarakat untuk terus berganding bahu menjayakan agenda pembangunan serta memperkukuh keharmonian di peringkat akar umbi.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program, antaranya pertandingan mewarna, pertandingan menyumpit, tarik tali, sepakan penalti dan Kuiz Kemerdekaan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Kampung Meriting serta kawasan sekitarnya.

Turut hadir, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Lawas, Aminul Fadzrin Abdul Rahim, Pegawai UKAS Bahagian Limbang Rosmaini Mail serta ketua-ketua kampung kawasan Sundar.

BERITA LAIN

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk