ARTIKEL

SUPT BARTHOLOMEW UMPIT

Henti sebar spekulasi penemuan mayat di simpang Jepak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih berkaitan penemuan mayat seorang lelaki di perhentian bas Batu 7, Jalan Bintulu – Tatau berhampiran simpang Jepak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden  Bartholomew Umpit berkata ia kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat tersebut kira-kira jam 7.06 malam daripada orang awam.

Bagaimanapun, katanya identiti mangsa belum dapat diperolehi kerana tiada sebarang pengenalan diri dijumpai.

“Mangsa dipercayai seorang lelaki bukan warganegara tempatan angaran umur 30-an telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. 

“Hasil siasatan awal pemeriksaan pada badan mangsa tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah yang dikaitkan dengan kes ini. 

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” ujarnya.

Sehubungan itu,  mana- mana pihak   yang ada kehilangan ahli keluarga, disaran tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes SJN Ahmad Amir  Youb Bahari di talian  013-5653756 atau bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi