ARTIKEL

Hentikan sangkaan buruk, saya tidak akan meninggalkan Malaysia – Raghad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Raghad Kurdi Taib menegaskan beliau tidak meninggalkan negara ini serta akan meneruskan kerja-kerja amal untuk rakyat Sarawak.

Demikian ditegaskan beliau menerusi surat terbuka kepada rakyat negeri ini, sekali gus memohon semua pihak untuk menghentikan dakwaan terhadapnya.

“Tolong jangan percaya dengan mana-mana khabar angin yang diperkatakan tentang saya. Walaupun saya adalah orang asing, tetapi sekarang saya rakyat Malaysia dan akan sentiasa menjadi rakyat negara ini.

“Saya tidak akan meninggalkan Malaysia dan  akan meneruskan kerja-kerja amal kepada rakyat Sarawak selepas Tun Taib kembali sihat, Insya Allah” katanya dalam satu surat terbuka yang dikongsikan kepada media sekitar jam 1.21 pagi ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu sedar tentang berita mengenai insiden melarikan Tun Taib dari sebuah hospital pakar di sini.

“Sejak beberapa hari lalu, tersebar imej dan berita portal dalam media sosial yang mencemarkan imej dan nama baik saya sebagai isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri.

“Satu-satunya kebimbangan saya pada masa ini ialah kesejahteraan suami saya, Tun Taib.

“Justeru, saya dengan rendah hati meminta tolong hentikan semua andaian dan tuduhan jahat ini kerana keutamaan saya hanya untuk menjaga suami saya pada masa ini,” ujarnya.

Beliau dalam pada itu menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Tun Taib.

Terdahulu semalam, Raghad dalam hantaran di Instagramnya menepis dakwaan bahawa beliau membawa suaminya keluar dari hospital yang bertentangan dengan nasihat doktor.

Beliau menegaskan dakwaan yang membawa kepada laporan polis hingga siasatan dilancarkan itu adalah tidak benar sama sekali.

“Itu tidak benar. Ini buktinya,” tulisnya pada hantaran Instagramnya yang melampirkan bersama nota jururawat.

Nota terbabit bertarikh 2 Februari yang menyaksikan tulisan tangan sukar dibaca dan dipercayai ditandatangani seorang jururawat bernama Benedette Tommy.

Laporan polis yang didakwa dibuat oleh seorang doktor hospital swasta itu tular di media sosial, semalam.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

BERITA TERBARU

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan