ARTIKEL

Hias rumah tanpa kos tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOS tinggi sering menjadi isu terbesar bagi ramai individu untuk menghias rumah mengikut cita rasa masing-masing.

Bagaimanapun, hiasan yang menarik tidak semestinya memerlukan perbelanjaan yang besar jika seseorang memiliki kreativiti dan perancangan yang bijak.

Dengan menggunakan barangan yang boleh diguna semula, langkah ini bukan sahaja menjimatkan kos perbelanjaan, malah memberi peluang kepada individu untuk menghias rumah mengikut kreativiti dan minat tersendiri.

Oleh itu, terdapat lima cadangan hiasan kos rendah yang wajar dipertimbangkan tanpa perlu berbelanja besar.

Guna konsep buat sendiri

Salah satu cara untuk menjimatkan kos dalam menghias rumah ialah menghasilkan barang hiasan sendiri.

Anda boleh menggunakan barang yang boleh dikitar semula atau diguna semula kerana bahan tersebut boleh diubah suai mengikut idea dan kreativiti tersendiri.

Sebagai contoh, botol plastik dan tayar terpakai boleh dijadikan pasu bunga, manakala surat khabar lama boleh dianyam menjadi bakul.

Guna semula perabot lama

Bagi mereka yang memiliki perabot lama tetapi masih dalam keadaan baik, perabot tersebut boleh diubah suai semula dengan mengecat atau diperbaharui menggunakan warna moden.

Langkah ini bukan sahaja dapat membantu menjimatkan kos, malah menyokong gaya hidup yang lebih lestari.

Sebagai contoh, meja lama yang usang boleh dicat semula dengan warna moden seperti putih atau hitam untuk memberikan penampilan lebih segar.

Hias dinding secara kreatif

Dinding kosong juga boleh dimanfaatkan sebagai elemen hiasan tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Anda boleh menghias dinding kosong dengan kreativiti sendiri, seperti menggantung gambar keluarga atau hasil seni sendiri untuk menambahkan keceriaan di dalam rumah.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelekat dinding yang boleh didapati di kedai serbaneka pada harga yang berpatutan berbanding menggunakan cat sepenuhnya, sekali gus menjimatkan kos dan masa.

Lampu hiasan daripada barangan terpakai

Bagi mereka yang menginginkan visual yang menarik dan menjimatkan kos di dalam atau luar rumah, lampu hiasan menggunakan botol plastik wajar dipertimbangkan.

Hal ini kerana barangan tersebut mampu menghasilkan suasana rumah yang unik serta menyerlahkan nilai estetika.

Tambahan pula, botol tersebut boleh dihias dengan cat untuk menambahkan lagi nilai estetika.

Rak kotak

Rak kotak merupakan salah satu idea hiasan buatan sendiri yang berkesan untuk menjimatkan kos serta mudah dihasilkan.

Rak kotak ini sangat sesuai digunakan di ruang tamu, bilik tidur atau dapur.

Rak ini boleh dijadikan tempat untuk menyimpan buku, barangan keperluan harian dan sebagainya.

Bagi menambahkan kreativiti, anda boleh mengecat kotak tersebut dengan warna yang sesuai mengikut cita rasa sendiri atau tema rumah.

Langkah ini akan menjadikan rak kelihatan lebih kemas dan moden walaupun diperbuat daripada barangan terpakai.

Secara kesimpulannya, hiasan rumah tidak hanya bergantung pada jumlah kos perbelanjaan yang tinggi, tetapi lebih kepada kreativiti dalam membuat pilihan.

Dengan memanfaatkan barangan yang sedia ada, setiap individu mampu mencipta suasana kediaman yang selesa dan menarik tanpa perlu berbelanja besar. — STEVE EMAN PELATIH UNIMAS

BERITA LAIN

Kesedaran kanser payudara tanggungjawab bersama

KESEDARAN tentang kanser payudara bukan sekadar tanggungjawab wanita, sebaliknya perlu menjadi perhatian seluruh masyarakat, termasuk golongan lelaki yang turut berisiko menghidap penyakit itu. Menyedari kepentingan

Larian pesisir pacu ekonomi setempat

PROGRAM Larian Pesisir (Coastal) Sadong Jaya 2026 yang diadakan baru-baru ini dilihat mempunyai keistimewaan tersendiri. Program itu bukan sahaja menjadi aktiviti riadah yang menggalakkan amalan

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira