ARTIKEL

Hidangan dari 33 negeri Nusantara di Rumah Terbuka Aidilfitri UNIMAS 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri terus dirasai dengan penganjuran rumah terbuka bertemakan ‘Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Raya Nusantara’ yang dihadiri kira-kira 2,000 warga institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Majlis yang berlangsung dengan penuh warna-warni pada 22 Syawal itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR), UNIMAS, di sini.

Naib Canselornya, Profesor Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, tema tersebut dipilih selaras dengan Malaysia yang menjadi tuan rumah Kepengerusian ASEAN tahun ini.

“Kita juga kumpulkan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan pelajar termasuk antarabangsa di dalam satu dewan ini dengan menawarkan reruai melibatkan negeri-negeri di Nusantara untuk memeriahkan lagi acara tahunan kita ini,” katanya.

Tun Wan Junaidi menyantuni sekali gus merakam swafoto bersama-sama pelajar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 bertemakan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Raya Nusantara di DeTAR, UNIMAS, di sini, semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya Hata memaklum bahawa beliau sangat menghargai usaha PTJ di UNIMAS kerana bekerja keras membuat persiapan majlis tersebut.

Rumah Terbuka yang diadakan dari 11 pagi hingga 2.30 petang itu juga menawarkan keunikan tradisi dan hidangan lazat dari 33 negeri Nusantara.

Tun Wan Junaidi dan Fauziah meluangkan masa melawat ke reruai, diiringi Hata serta Panglima Sulong Matjeraie.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi