ARTIKEL

Nazri Nasir bercakap pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Hilang fokus minit akhir punca gagal bertahan dengan baik – Ketua jurulatih Tampines Rovers

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tampines Rovers FC terpaksa akur berkongsi satu mata selepas gagal mempertahankan kelebihan pada penghujung permainan sebelum diikat Kuching City FC 2-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup 2026-2027 di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Ketua jurulatih Tampines Rovers, Mohamad Nazri Nasir berkata, pasukannya berjaya melaksanakan perancangan bertahan dengan baik untuk sebahagian besar perlawanan, namun kehilangan fokus dan keletihan pada 10 minit terakhir membuka ruang kepada The Cats untuk bangkit.

“Kami tahu datang ke sini bukan sesuatu yang mudah dan Kuching City sudah tentu mahu mendapatkan keputusan baik di laman sendiri.

“Kami bertahan dengan baik, cuma dalam lima hingga 10 minit terakhir, konsentrasi sedikit menurun dan keletihan mula dirasai. Itulah yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Menurut Nazri, pemain Tampines tetap layak diberikan pujian selepas bekerja keras sepanjang perlawanan meskipun gagal mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat.

Selain itu, Nazri mengakui pendekatan bertahan secara kompak pada babak kedua sememangnya sebahagian daripada perancangan taktikal pasukannya bagi menyekat kekuatan serangan Kuching City.

Menurutnya, keadaan fizikal beberapa pemain turut mempengaruhi pendekatan berkenaan selepas ada antara mereka baru kembali daripada tugasan bersama-sama skuad kebangsaan atau kembali beraksi selepas berehat panjang.

Katanya, pertemuan itu merupakan kali pertama beliau berdepan Aidil Sharin Sahak sebagai ketua jurulatih, meskipun kedua-duanya sudah lama saling mengenali dalam arena bola sepak Singapura.

“Namanya juga sudah cukup dikenali dalam bola sepak Malaysia. Kami mengkaji pelan permainan beliau dan mengenal pasti beberapa pemain berbahaya yang perlu diberikan perhatian,” katanya,” katanya.

Keputusan seri itu menyaksikan Kuching City dan Tampines masing-masing membuka kempen Kumpulan A dengan satu mata.

Statistik perlawanan memperlihatkan tekanan besar yang perlu ditahan Tampines apabila The Cats menguasai 66 peratus penguasaan bola berbanding 34 peratus oleh pasukan pelawat.

Kuching City turut melakukan 30 percubaan, termasuk tujuh tepat ke sasaran, berbanding sembilan percubaan dan tiga tepat ke sasaran oleh Tampines.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU