ARTIKEL

BERNAMA

Hina Melayu: Mak cik Kemboja mengaku tidak bersalah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn Bhd, Mariyah Yaakob, 47, hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat kenyataan mengapikan kaum Melayu di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka.


Wanita asal Kemboja itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.


Mengikut pertuduhan, usahawan tersebut membuat satu pernyataan melalui rakaman video di aplikasi TikTok miliknya yang ditonton di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU