ARTIKEL

Wilfred Yap

Hormat MA63, Deklarasi Bersama PETRONAS-PETROS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap, menyuarakan kebimbangan terhadap jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berhubung Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) dan pemilikan Petronas terhadap sumber minyak serta gas.

Menurut beliau, kenyataan menteri itu menunjukkan kelemahan dalam memahami hak perlembagaan dan status yang dimiliki Sarawak.

Katanya, hak Sarawak bukan hasil ‘kerjasama komersial’ dengan Petronas, sebaliknya berlandaskan undang-undang sedia ada.

“Saya ingin menegaskan bahawa Ordinan Perlombongan Minyak 1958 (OMO 1958), yang digubal sebelum penubuhan Malaysia, kekal berkuat kuasa dan memberikan kuasa penuh kepada Sarawak untuk mengawal selia industri minyak dan gas di negeri ini.

“OMO 1958 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Sarawak masih sah sehingga hari ini dan ia wujud lebih 15 tahun sebelum PDA. Mengabaikannya bermakna memutarbelitkan fakta undang-undang,” jelas beliau.

Katanya lagi, PDA 1974 diluluskan tanpa persetujuan Sarawak, lebih 10 tahun selepas pembentukan Malaysia. Justeru, ia tidak boleh menafikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menjamin hak Sarawak terhadap sumber asli.

Yap turut mempersoalkan kegagalan menteri berkenaan menyebut mengenai Deklarasi Bersama yang ditandatangani pada 21 Mei 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Deklarasi itu mengiktiraf kuasa Sarawak di bawah OMO 1958 dan Ordinan Agihan Gas (DGO) 2016, melantik PETROS sebagai pengagregat tunggal gas berkuat kuasa 1 Mac 2025 serta menegaskan operasi Petronas tertakluk sepenuhnya kepada rangka kerja peraturan negeri.

“Deklarasi ini mengikat dan boleh dikuatkuasakan. Paling penting, ia mengesahkan hak undang-undang Sarawak yang sedia ada,” kata Yap.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU