ARTIKEL

Royston bersama warga emas yang diraikan di Mukah.

Hormati warga emas bentuk masyarakat harmoni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Kerajaan Sarawak terus menzahirkan komitmen terhadap kebajikan warga emas melalui pelbagai insentif yang disediakan, sekali gus mengiktiraf peranan mereka sebagai golongan yang wajar dihargai serta dihormati.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, warga emas memiliki pengalaman luas dan telah banyak berjasa kepada masyarakat, menjadikan mereka sumber rujukan penting kepada generasi muda.

Menurutnya, penghormatan terhadap warga emas merupakan budaya murni yang mampu membentuk masyarakat penyayang dan harmoni, seterusnya menyumbang kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

“Generasi muda perlu sentiasa menghormati orang yang lebih tua. Nilai ini harus dipupuk sejak kecil agar mereka membesar dengan sifat keprihatinan dan menjaga hubungan sesama masyarakat,” katanya ketika merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Sambutan Hari Warga Emas PAWE Mukah.

Royston berkata, golongan warga emas mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan bagi memperkukuh pelbagai program pembangunan di peringkat akar umbi.

Beliau turut menyeru agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar memperluas kerjasama dengan PAWE bagi merancang lebih banyak program bermanfaat untuk golongan tersebut.

Katanya, kerjasama erat antara agensi dan NGO mampu melahirkan masyarakat lebih harmoni serta memupuk semangat positif dalam kehidupan seharian.

Pada majlis sama, Royston mengumumkan geran berjumlah RM10,000 kepada PAWE Mukah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti pada tahun hadapan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU